Tips Kekayaan

Friday, September 11, 2009

Salam, berhati-hatilah dengan:

1. Setiap nasihat yang Tuan terima, sama ada ianya percuma ataupun berbayar

2. Ungkapan-ungkapan seperti ini:
(a) Jadilah diri Tuan sendiri TETAPI jadilah agen saya (Being yourself but please being my agent)
(b) Jangan jadi seperti orang kebanyakan TETAPI sertailah pelaburan ini yang ramai orang masuk (Don’t be average but please join this investment scheme which is many people involved)
(c) Sertailah pelaburan ini. Saya akan BANTU Tuan mencapai kekayaan

3. Ingatlah dalam dunia ini tiada orang nak Tuan kaya melainkan diri Tuan sendiri

Soalan:

1. Tuan, mengapa Tuan kongsikan tips ini? Bukankah tips ini juga akan menyebabkan saya kaya? Ianya berlawanan dengan nasihat Tuan no 3 di atas.

Soalan yang bagus. Jawapannya. Adakah dengan membaca tips ini Tuan akan menjadi kaya? Jika lepas baca Tuan tidak bertindak, tiada bezanya diri Tuan dengan orang yang tidak membacanya. Tuan akan menjadi kaya hanya jika Tuan BERTINDAK (take action). Sekarang adakah saya yang menyebabkan Tuan menjadi kaya ataupun diri Tuan sendiri? dan sudah pasti dengan izin dariNYA.

2. Tuan, tidak takutkah Tuan kalau orang lain mengikut jejak langkah Tuan yang menyebabkan orang lain pun sama kaya macam Tuan?

Jawapan tahap 1. Adakah dengan sebab saya telah kaya, maka Tuan tidak boleh jadi kaya?
Jawapan tahap 2. Adakah dengan sebab ekonomi teruk, maka kekayaan dan rezeki ALLAH itu tersekat dan tidak boleh turun?
Jawapan tahap 3. Adakah sekiranya semua orang di dunia ini menjadi kaya maka khazanah ALLAH itu berkurangan?

3. Jadi mengapakah Tuan kongsikan tips ini? Mungkin Tuan juga ada maksud tersembunyi?

Bagus, nampaknya hari ini semuanya cepat belajar (fast learner). Saya juga ada tujuan berkongsikan tips ini. Tujuan saya ialah, agar:

(a) Ramai orang boleh bertindak untuk bergerak kearah kekayaan yang diredhaiNYA
(b) Ilmu saya digunakan oleh ramai orang, yang menyebabkan pahala yang saya dapat tidak kunjung padam
(c) Saya mendapat network yang bagus dan hebat daripada Tuan Puan semua
(d) Saya mendapat sahabat-sahabat yang baik seperti Tuan Puan semua
(e) Saya mendapat ilmu-ilmu lain yang lebih hebat daripada ini
(f) Saya mendapat lebih banyak idea lain yang lebih hebat daripada idea ini
INSYAALLAH

4. Adakah nasihat Tuan ini boleh dipakai, kerana ianya percuma?

Tuan sendiri yang perlu menilainya, dan nasihat ini TIDAK PERCUMA, kerana SAYA DIBAYAR OLEHNYA dalam setiap apa yang saya lakukan.

5. Mengapa tidak Tuan simpan saja tips ini untuk kegunaan Tuan seorang saja?

Kerana ALLAH itu MAHA KAYA. Jika pun semua orang di dunia ini menjadi kaya dan jutawan ianya tidak sedikitpun menjejaskan khazahah ALLAH dan tidak sedikit pun menghalang perjalanan saya menuju ke destinasi jutawan dunia dan akhirat, insya’Allah.

6. Tips ini sesuai untuk Tuan atau untuk saya?

Sebenarnya tips ini adalah untuk saya dan saya sedang aplikasikan dalam kehidupan saya. Saya kongsikan di sini dengan Tuan Puan kerana insya'Allah saya dan Tuan Puan semua akan dapat banyak manfaat seperti di atas.

Moga semua dapat manfaat, selamat meneruskan ibadat di bulan puasa dan moga bertemu dengan lailatulqadar. Sampai jumpa lagi, insya’Allah

3 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan dan Puan.
Salam Ramadhan.
Gudang Allah maha luas.Rezki Allah tidak terbatas,tiada sempadan.Tidak tercapai akal fikiran manusia.

PG

Hafiz Zawawi said...

Luke, teringat saya bila seorang usahawan muslim ditanya apakah rahsianya dalam perniagaan.

Dia menjawab, sila baca ayat 216, Surah Al-Baqarah.

Bila dah hayati ayat tu, kemudian sila baca pula ayat 286.

Saya tolong paste terjemahannya disini:

Ayat 216-
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Ayat 286-
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau ... Read Morebebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma’aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

Semoga usaha murni anda diberkati dan dirahmati.

Admin said...

Salam PG TQ for your support. Hafiz TQ for the terjemahan & maksud ayat tersebut. Moga kita semua dapat lebih menfaat darinya, insya'Allah

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP