Penyucian Jiwa (ASB)

Monday, September 07, 2009

Salam, Insya'Allah aku akan melakukan penyucian jiwa SEPANTAS KILAT & target aku sebelum tamat Ramadhan semua sisa-sisa syubahat dan riba' dapat ku hapuskan, insya'Allah. Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosa hambaMU ini dan permudahkanlah perjalanan hambaMU ini dalam mencari redhaMU, amin...

1. Aku akan topup balik OD sehingga penuh. Duit- duit kecemasan akan aku keluarkan (esok bank buka aku akan jalankan misi ini sehingga berjaya)

2. Ambil balik sijil ASB, pegi PNB/agen PNB tutup akaun ASB aku & wife

3. Duit ASB aku & wife akan aku letakkan dalam akaun yang terjamin HALAL nya. Dalam masa yang sama akan teruskan KAJIAN/PENYELIDIKAN tentang pelaburan2 ALTERNATIF yang bebas syubahat & bebas riba'. Insya'Allah aku akan kongsikan penemuan aku nanti.

4. Pertemuan aku yang pertama tentang pelaburan ALTERNATIF YANG HALAL adalah perniagaan. Create your own HALAL investment called BUSINESS. Insya'Allah perbincangan lebih lanjut akan aku masukkan kemudian.

5. Artikel 'ODASB (Overdraf bercagarkan ASB): Kes Study' akan aku keluarkan. Komen-komen terpilih tentang pelaburan alternatif akan aku masukkan di sini, insya'Allah.

6. Artikel-artikel yang telah diterbitkan yang berkaitan dengan ODASB akan aku kemaskinikan.

Aku juga MEMOHON MAAF kepada Tuan/Puan yang telah membaca artikel-artikel aku yang berkaitan dengan ASB dan ODASB seperti 'ODASB (Overdraf bercagarkan ASB): Kes Study' (yang ini akan aku keluarkan) dan 'RM100k, di mana harus dilaburkan?' (yang ini aku akan edit).

Semoga perjalanan hidupku (dan hidup kita semua) menjadi lebih mudah, berkat dan diredhaiNYA sesuai dengan MATLAMAT JELAS yang ingin kutuju, JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT, insya'Allah & amin ya ALLAH. Moga dapat manfaat dan sampai jumpa lagi, insya'Allah.

37 comments:

Admin said...

Kayzem said...

lukeman,

aku musykil la nak melabur dalam ASB nie.. sbb dia tak de jaminan syariah kan?

apa pendapat ko?

ada alternatif lain tak selain ASB?

~ Kasma

Monday, August 10, 2009 2:38:00 PM

Admin said...

PoKLi said...

ada

kayzen

beli je emas banyak2 rempit kat Ar Rahnu....sama jgk tools dia...HALAL dan tidak was was

Monday, August 10, 2009 3:51:00 PM

Admin said...

Anonymous said...

akupun ada soalan macam kayzem. ASB tak fully shariah. OD pula ada interest. Banyak aku baca blog jutawan yang tak ikut shariah. guna konventional dan OD yang ada riba. Camna nak jadi jutawan dunia dan akhirat?

Monday, August 24, 2009 5:59:00 PM

Admin said...

ylukeman said...

Pendapat aku, kita ada AKAL masing, kalau rasa was2 then jangan buat...Buat yang anda tidak rasa was2 & ada keyakinan dengannya...

Monday, August 24, 2009 8:24:00 PM

tambahan (7 Sept 2009), sah ASB SYUBAHAT/HARAM bagi aku setelah sampai ilmu & kajian yang aku lakukan. ANDA? Lakukanlah kajian anda dengan AKAL, ILMU & AGAMA anda, insya'Allah semoga kita sama2 dapat mengelak, menghindar & meninggalkan sisa-sisa riba' dan syubahat demi redhaNYA dunia dan akhirat.

Admin said...

Anonymous said...

aku setuju kita guna AKAL tapi dengan ilmu yang betul. Ok katalah kita guna ASB sebab ada fatwa kata harus. Tapi OD camne...rasanya ada interest=riba=haram. Ada sifu kata OD islamik kat sesetengah bank. Betul ke islamik. Bank yang pure shariah cam BIMB, Muamaalat dan Bank Rakyat tak de pulak offer OD. Kau guna OD kat bank mana? ada yang islamik punya ke? aku tengah tunggu baki refinance dalam 130k. takat ni aku fikir nak masuk dalam tabung haji je. dapat 5% setahun (RM6500)... dapatle average rm500+ sebulan. Nak pening kepala sket beli rumah bagi sewa hehe. Aku suka tag kau 'jutawan dunia dan akhirat' sebab sama dengan aku punya prinsip. Harap2 caranya mengikut shariah tak macam blog lain yang aku baca....'matlamat tidak menghalalkan cara'

Tuesday, August 25, 2009 3:52:00 PM

tambahan (7 Sept 2009), perbincangan ODASB tidak perlu lagi kerana ASB sendiri mengandungi unsur2 syubahat. Insya'Allah moga aku/kita akan jumpa TOOLS lain yang lebih bermanfaat & terjamin HALALnya

Admin said...

Nurul said...

Saya suka pendapat anonymous...saya pon tengah konfius ni....belum decide nak labur ke mana. setakat ni yg nampak tidak melibatkan riba hanya jual beli emas, Public mutual ittikal dan yg dipamer kat web Suruhanjaya Sekuriti.

ASB pula, Ustaz Zaharudin ada cakap, mmg Majlis Fatwa kata harus..tp atas alasan kalau kata haram kang huru hara lak sbb ratusan juta duit orang islam kat dlm tuh. So keputusan Majlis Fatwa tu bukanlah sbb PNB dah lantik Majlis Pengawasan Shariah dan ikut garis panduan Suruhanjaya Sekuriti bagi pelaburan islam. sedangkan bende ni bukannya di luar bidang kuasa pihak pemerintah di negara kita.

Maknanya Majlis Fatwa ada hak dan suara dlm hal ni, kalau MF kata ASB adlh HARAM selagi PNB tak buat perkara-perkara berikut tadi, Maka PNB no choice la. Salah kita jugak..orang islam sendiri tak pernah mendesak PNB patuhi syariah.

Psl OD ASB islamik yg maybank offer tu, kena check dulu la btul ke tidak ada Majlis Shariah dan melabur di kaunter halal sahaja.

Friday, September 04, 2009 10:11:00 AM

Admin said...

Anonymous said...

Salam Nurul.If was-was jangan masuk ASB. ASB untungnya pun dlm 7.5-8%.iF tolak zakat 2.5% tinggal ler 5-5.5%.Sama macm untung Tabung haji.Masuklah tabung Haji.Yer sebelum tu,penuhkan kat saham bank persatuan dulu.Untung dlm 10-12.5%.

PG
20rejab.blogspot.com

Friday, September 04, 2009 8:40:00 PM

Admin said...

Nurul said...

saham bank persatuan tu apa en PG?

Saturday, September 05, 2009 8:48:00 AM

Admin said...

PG said...

Bank Persatuan kalau kat area KL ada di Shah Alam. Bank Persatuan ni syariah. Keuntungannya dlm 10-12.5%(selepas tolak zakat). Dulu dia pernah bukak maximum rm50K.Then bila kuota hampir penuh dia mula had kan maximum sebanyak rm5k.Dia ni bank koperasi mcm bank rakyat.So kena cepat2 masuk sebelum saham dia tutup mcm bank rakyat.Now masuklah atas nama kita,nama husban/wife,nama ayah,nama ibu..boleh dpt dlm rm20k tu.Terbuka utk islam berumur 18 shj.i Sempat masuk dlm 59k.wife sempat dlm 20k.Dia target dana dlm rm300juta.Dgr cerita dena dia dah lebih rm250juta.Penuhkan sini dulu,then baru masuk ASB atau yang lain.Nak tunggu bank rakyat entah lah bila nak buka.

Then lepas tu masuk lah pulak kat koperasi felda.Pulagan 12-16%(sebelum zakat).Macam i askar so Koperasi Tentera bagi 13%(belumzakat).

Baca kat forum ni pasal Bank Persatuan http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=674&page=36

..Nurul I pun tak masuk ASB.

Saturday, September 05, 2009 11:19:00 AM

Admin said...

ylukeman said...

PG, tq for info sharing. Ilmu pembersihan anda memang mantap...Aku masih lagi terkena tempias & pembersihan diri sedang & akan diterus dilakukan sesuai dengan matlamat & pertambahan ilmu...Insya'Allah moga 1 hari nt aku juga akan menjadi sebersih Tuan..

Saturday, September 05, 2009 11:37:00 AM

Admin said...

Salam, terima kasih kepada Puan Kasma, Anon, Puan Nurul dan Tuan PG kerana telah menyedarkan aku tentang kesilapan semalam.

Pembaikan sedang dilakukan. Insya'Allah aku akan kembali kelandasan sebenar dalam menggapai impian jutawan dunia dan akhirat, amin....Terima kasih kerana berkongsi ilmu Tuan/Puan

MattDemon said...

thanks guys for sharing...aku pun kena amik langkah baru gak nie..

Admin said...

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Mentor; Tuan Shamsuddin Kadir kerana menyedarkan hamba tentang keburukan ASB dan alternatif pelaburan terkini.

Jumpa Tuan SK di Program Pertubuhan Perunding dan Latihan Muslim Malaysia (TAMRIN)petang nanti.

http://www.shamsuddinkadir.com/v2009/2009/09/berbuka-puasa-bersama-tamrin-7-sep-09/

RosyFitrah said...

Hopefully PNB dapat menyucikan aset2 mereka demi syariat...Saya masih berpegang pada hukum harus ASB..Terfikir jugak hasil kerajaan drp lesen judi & arak..Bonus & Emolumen Penjawat awam? Pencen pesara dari pelaburan KWAP?

PG said...

Salam Bro Luke.
Alhamdulillah.Aku hepi sangat2.Aku bukan anti -ASB.Bagi sesiapa yang yakin teruskanlah.
Pelaburan selain dari ASB:
1.Bank Persatuan 10-12.5%(selepas tolak zakat)
2.Tabung Haji 5%(selepas tolak zakat)
3.Koperasi Felda 12-16%(belum tolak zakat)
4.Koperasi belia Islam KBI-Abim)(kbi.com.my)
5.Koperasi HPA (last year kasi 14%)-sebelum tolak zakat
6..Koperasi Tentera 13%(sebelum tolak zakat)
7.Koperasi Pendidikan-KOPENAS,utk guru2 banyak jugak bagi dividen.
Pada sahabat2 yang tahu ada mana2 koperasi or pelburan just sambung list saya.So ramai org dapat melabur.

Luke,
1.Now aku nak masuk banyak2 dlm koperasi felda pakai nama adik ipar aku.(baru ada rm12k)
2.Public Mutual aku ada dlm rm40k(but now deficit dlm 20%).So unit trust ni aku serik sikit.Kena tunggu lama sikit.Entah sampai bila dia nak naik balik..
3.Koperasi tentera potong rm1000 sebulan(potong gaji)-now ada dlm rm64k.Bank Persatuan aku 59k..wife dlm 20k.
4.Target beli dinar kelantan 1 dinar/month
5.Saham Takaful Malaysia-dlm rm7400
6.Tabung Haji insyaAllah aku potong untuk anak2.Tabung Haji aku akan mulakan selepas semua pelburan islamic yang lain dah penuh.

ASB memang menggugat keimananan kita.Tapi percayalah bersabar lah.Dengan menjauhi riba,rezki dan rahmat Allah terbuka luas.Anak2 kita sihat,kita takda maslah besar.

Paling bagus..banyakkkan sedekah.

PG said...

Baca kat sini,hukum ASB
www.zaharuddin.net/content/view/224/95/

Admin said...

Salam Tuan Dr PG, tq for knowledge & info sharing. Moga hidup Tuan Dr bertambah berkat....

Sapa2 yg ada tambahan pelaburan yang bebas syubahat, harap dapat share juga di sini, agar kita semua boleh memilih pelaburan yang terbaik utk kita semua sebagai bekalan di sini dan lebih penting lagi mendapat redhaNYA di sana, insya'Allah

PG said...

Pelaburan tanah di kelantan.
Salam bro luke.
Balik kelate nanti cuba carik tanah area KB or kubang kerian,mana tau ada org nak pakai duit urgent ker.
Kalau rezki,mereka jual tanah ni dlm murah2 jer.Macam kawan aku,beli tanah kat sini dlm 22k,Pastu hold 5 bulan ada org nak beli rm50k.
Kita target jangan banyak2.Kat kelate ni kalau kita berani dlm sebulan pun main tanah boleh dpt rm10k.Beli,pastu hold dlm sebulan,jgn tamak..ada org nak beli kita terus jual,janji utnung rm10k.

Just my 10kupang punya view.

Hafiz Zawawi said...

PG, setuju. Tanah kat area Demit/Pauh Panji pun dasyat jugak harga dia. Tepi sebelah rumah aku, masa family aku tanya nak beli tanah tu dia cakap dlm RM80k. Sampai skrang takde orang beli. Aku rasa tuan tanah memang nak buat residual income..2 tahun lepas dia buat gudang 4 pintu.

Sebabnya kalau tengok trend di kawasan ni semua buat gudang/stor. Sebab rate sewa lagi tinggi dari rumah. Average minimum satu pintu gudang RM500-RM1000. Berbanding sewa rumah dlm RM300-Rm350 sebulan.

Dalam bab tanah di Klate ni, aku banyak belajar dengan nenek aku. Dia duduk kat rumah jer, kutip passive income dalam RM8000 sebulan. Semua hasil dari tanah. Tanah kawasan tmpt bukit di Binjai (dkt Kubang Kerian), dia approach Maxis, sewakan buat tower BTS. Sewa Maxis bayar dlm RM2500 sebulan. Tanah kawasan pedalaman skit, dia approach budak-budak kampung buat projek ternak ayam 20 reban. Kawasan tanah di Kuala Krai, buat ternak lembu..Masyuk!

Luke, apa perancangan tanah demo baru beli tu?

sepul_besut said...

Salam Luke, insaf kawe baca blog demo.. kawe pon ptot ikot jejak langkah demo.. insyAllah.. jutawan dunia akhirat.. :)

Anonymous said...

alhamdulillah...syukur. itulah pentingnya kongsi ilmu. sama-sama sedarkan satu sama lain. Harap2 kita semua menjadi jutawan dunia dan akhirat. Sebelum ni aku teruja baca blog sifu lain yang punya rumah hampir sepuluh bijik. Tapi bila follow blog tu ...guna ASB, OD dan juga bank konventional. So tak jadi nak follow. Bagi aku pasal guna loan ni bukan jadi pilihan lagi ...wajib guna islamik punya. Namun masih ramai lagi yang belum tukar ke islamik..macam2 alasan. Moga2 Bro Luke menjadi contoh jutawan dunia dan akhirat....shariah compliance billionaire! that's my motto hehee

p/s selamat berpuasa dan berhari raya. Aku balik raya kat golden sand dan white sand....tapi masih bertungkus lumus ..Pile Higher & Deeper. nak raya pun tak best.

pak wan said...

salam bro luke.. alhamdulillah baca yr blog entry ni and thanks for the tips exposure pada investment islamic.. walopun tak mampu ngikut at the moment but teruskan dgn info2 bernas ngan mengikut syarak.. insyaallah will try to join u too :)

ayip said...

komen pasai bank yg menawarkan produk loan islamic..

menggunakan akad...

loan RM 50K..akad pinjaman membayar sehingga RM 191K...adakah produk islamic tu tertindas...walhal sah kerana ia menggunakan akad...??

tp stujukan kita membayar sehingga RM 191K..sedangkan pinjaman hanya RM50K sj...

sedangkan garis panduan tatacara pinjaman mengikut islam..tidak harus membebankan pembayarnya...!!btui kan??wallahualam..

tp heran...islamic product pakai BLR..sedangkan BLR datang nya daripada bank negara??bank negara pakai hukum hakam islam ke dalam sistem kewangan?? wallahualam..

aku masih dangkal dan jahil lagik...kena cari info lagik..

any komen dari bro lukeman..??

Anonymous said...

nk tya org biasa boleh ke invest dlm koperasi tentera? sori kaalu soklan mcm bodoh je bunyinya.

PG said...

Salam Bang.Terima kasih kepad ayang bertanya tentang koperasi tentera.
Padaku tiada soalan yang bodoh dan tiada soalan yang pandai.Sebab matlamat kita `sharing is caring`.
Berkenaan tentang koperasi tentera,ia terbuka kepada
1.anggotta tentera
2.palapes
3.wataniah
4.kakitangan yangh bekerja dengan kementerian pertahanan.

Untuk org awam hanya ada satu cara utk masuk koperasi tentera..anda masuk askar wataniah..tak lah teruk mana pun,dan dapat elaun lagi.askar wataniah ni tak `strict` mcm askar betul.Nak gi latihan pun takpa,tak nak gi latihan pun takpa..

sama2 lah kita share ilmu apa yang ada.

sekadar menjawab :)
Salam Ramadhan.

PG
20rejab.blogspot.com

PG said...

Salam.
Sekadar mencelah.Teruskan bagi mereka yang yakin dengan fatwa ASB harus.
Tapi bagi mereka yang was-was tak dapat teruskan.
Sebab bagi kami yang was-was ni,ketenangan hati yang penting.
Biar tak kaya,janji hati tenang.
Memanglah diakhir zaman ini sukar utk elakkan riba,kerana kita pasti terkena debu2 riba.
Seperti kita jalan di sebelah kawasan sampah,walupun sampah tak kena,tapi bau sampah tetap kita.Kita tolaklah riba selagi termampu.Kalau tak mampu,sama2 kita mohon taubat pada Allah.Hanya Allah yang maha mengetahui isi hati kita.Sama2 kita memperingati diri dan sahabat2 kita bahawa riba itu terlalu besar dosanya.
Sekadar ingatan buat diri ini yang selalu `tergoyang-goyang` mcm lalang.
Salam Ramdhan

PG said...

Dan pada mereka yang berjaya dan senang atau kaya,bantulah mereka yang sedang meniarap atau merangkap atau sedang bertaktih utk menuju kesenangan dan kaya.Sama2 lah saling bantu membantu.Mari kita carik jalan atau tools yang lain selain dari ASB.Kita carik alternatif lain.Ramai kawan2 yg perlukan bantuan kita kerana mereka tidak nampak jalan2 lain lagi.Jom kita bermpimpinan tangan,sokong dan dokong antara satu sama lain.Sekarang bukan masa utk tunjuk siapa yang betul dan siapa yang salah.Kerana perkara ini kalau dibincangkan seratus tahun pun tidak akan tamat.Jom mulai carik alternatif lain,rezki dan gudang Allah terlalu amat luas.Hanya kita perlu yakin,insyaAllah Allah akan buka jalan.
-Salam Ramdhan

KEOWN said...

ayip.. kalau islamic loan tue meamng kalau loan 50k akan jadik 191k..

nilai 191 adalah nilai yang bank beli pada kita..
kalau ayip tengok statment detail, setiap bulan akan ada rebate.. rebate tue yang menolong mengutrangkan jumlah pinjaman dari 191 ke maybe 110k aje...

aku mula2 konfius.. tapi setelah ke bank da[patkan penerangan baru paham.. antara islamic dan konvensiopnal

tapi yang beza adalah kalau blr/bfr naik...... konvensional akan maintain bulanan.. islamic akan naik bayaran bulanan...

KEOWN said...

man.. nie apa citer ASB ? ASB harus kan?? mmmmmm

gokou77 said...

Thanks Luke,
Bernas Blog demo. Kawe pun sebelum ni raso asb ni harus sebab MF kato harus. Tp lepas Baco hok UZAR tulis, baru napok hukum dio. Walaupun kawe dah buat loan asb atas mano M****k Islamik tp tok tau sejauh mano islamik.
Lonih Hok kawe napok pelaburan dlm :
1) Bank persatuan
2) TH
3) Gold
4) Hartanah.

Kawe akan divert pelaburan kawe ke arah tu.

p/s : Pokli, apo bezo dinar kelate nga PG dr segi urus niago?

ayip said...

keown..

eh iyer ke???kawan punya...tgk lagu tu jer...xda pong decrement..??sama ajer..ke statement bank kawan penipu..??nnti kawan check ngan bank...tQ..tQ

beza konventional ngan islamic...kalau BLR/BFR naik...depa g interest lebih...pengurangan pokok kurang...

ooppsss...BFR nie datangnya dari mana ek???

Nurul said...

Salam semua...wah..saya sungguh terharu rupanya ramai juga yang mencari-cari jalan pelaburan yang halal di sisi Allah. alhamdulillah..kita tidak keseorangan lagi.

Betul kata PG, kita kena berganding bahu sama2 mencari jalan keluar atau kita yang mencipta jalan keluar ke arah kekayaan yang diredhai Allah. kaya di dunia dan dapat kekayaan di akhirat yakni pahala.

Alhamdulillah Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua. Semoga lebih ramai lagi orang islam akan sedar akan peri penting perkara riba dan gharar ini.

Jom tutup semua kad kredit konvensional, ASB, akaun simpanan konvensional dan pinjaman perumahan konvensional. Saya sendiri sangkut kat loan kete bukan islamic loan. Say No to Riba, Say No to Konvensional Banking. Insyaallah...Allah menilai niat dan usaha kita ke arah yang lebih baik demi keredhaanNYA.

Duit Riba hasil saki baki tutup akaun semua ni bleh bagi kat tandas awam tak? hehehe..kan untuk kegunaan public tuh? any comment?

KEOWN said...

BFR ie cam BLR.. salin kulit aje.. BFR untuk islamic loan.. BLR untuk riba punya loan.... ok.. aku ada check kat penyata akaun bank.. meamng ada potongan setialp bulan.. cthnya kiata bayar rm250 sebulan.. potongan dalam 150 - 200 sebulan.. nanti aku try carik key...

Admin said...

Salam, TQ semua kepada yg beri suppport, komen, cadangan & berbincang. Moga semua dapat manfaat & moga kita semua lebih maju & lebih berhati2 pada masa akan datang.

naem said...

BFR ngan BLR memang sama. Sebab BFR tiru BLR...

BLR = OPR+ profit yang bank nak

BLR=BFR

Dalam kes ni, takde masalah pun....

Alaaa..Ini cuma kayu pengukur...Bank2 islam masih ikut kira-kira BLR sebab takde kaedah lain nak kira kos modal pasaran antara bank tu ( OPR )..

Ttg ASBOD tu, tahniah...sebab ada orang yg betul ada experience dah take action...Bukan senang nak tutup semua sumber kewangan yg lumyan hanya untuk dptkan rezeki yg betul2 bersih...hebat!

Sidek said...

PG bleh tlg terangkan mengenai pelaburan dlm koperasi tentera... sy masih mencari samada mengikut syariah atau tidak...

Sidek said...

PG tlg share maklumat dlm pelaburan koperasi tentera. Ikut syariah atau tidak?

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP