Kenapa Perlu Kuat Berkerja?

Tuesday, September 15, 2009

Salam

S: Soalan
J: Jawapan

S: Tuan, mengapa perlu berkerja keras sehingga mengabaikan ibadah kepadaNYA?
J: Apa maksud ibadah bagi Tuan?

S: Solat, puasa, zakat, haji, baca Quran, sedekah dsb
J: Berapa lamakah Tuan peruntukan masa utk itu dalam 1 hari (bagi hari2 biasa & bukannya Ramadhan)?

S: Mungkin dalam 3 jam maksimum sehari
J: Masa2 lain?

S: Masa2 lain saya peruntukkan utk kerja, perniagaan, diri & keluarga saya.
J: RUGINYA kehidupan Tuan, kerana hanya 3 jam saja sehari diperuntukkan utk ibadah dan 21 jam lain tidak dikira ibadah

S: Mengapa Tuan kata begitu? Adakah caranya utk menjadikan 24 jam masa kita sehari sebagai ibadah?
J: ADA...........Niatkanlah setiap perlakuan Tuan hanya keranaNYA, Tuan pergi & balik kerja keranaNYA, Tuan makan-minum keranaNYA & Tuan tidur keranaNYA & semualah.......& pastikan ibadah2 khusus Tuan tidak terganggu dengan ibadah2 umum ini & pastikan setiap kerja yang Tuan lakukan tidak melanggar laranganNYA...

S: Ohhh begitu, senangnya hanya dengan NIAT dan CARA YANG BETUL sahaja. Terima kasih Tuan kerana berkongsikan ilmu ini. Saya juga akan berkerja dengan lebih kuat & niatkan semua perlakuan saya hanya keranaNYA, tidak akan mengabaikan ibadah khusus saya & tidak akan melanggar laranganNYA. Moga SETIAP NAFAS DAN PERLAKUAN SAYA DIKIRA IBADAH OLEHNYA, inshaAllah
J: Terima kasih kembali. Semua ILMU dan segala kebaikan adalah milik dan dariNYA.

Moga dapat manfaat, selamat meneruskan ibadat di bulan Ramadhan, moga bertemu dengan lailatulqadar dan sampai jumpa lagi inshaAllah

5 comments:

KEOWN said...

kerja perlu untuk membantu menunaikan ibadah dan beramal kepadaNYA.

uda3900304 said...

betul bro
kerja juga ibadat
pergi kerja sehari2 adalah ibadat
selagi kerja 2 tak menyalahi hukum agama

Ummu Ayman said...

Pemikiran kita disempitkan bahawa ibadah hanya solat, puasa, zakat dsb. Hakikatnya Allah Maha Pemurah, setiap pekerjaan yg diniatkan krn Allah adalah pahala walaupun sekadar makan, minum dan menulis sekalipun.

Kiyoshi said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi entri ini bersama para pembaca. Saya percaya jika setiap perkara yang kita lakukan berlandaskan kerana-Nya, segalanya akan dipermudahkan. Insyaallah

Admin said...

Terima kasih kerana ziarah di sini. Sama-samalah kita memberikan manfaat kepada insan lain, dan sama-samalah kita menjadikan seluruh aktiviti kehidupan kita ini sebagai ibadah inshaAllah.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP