Alternatif kpd ODASB

Saturday, September 19, 2009

Salam, kali ni aku nak share alternatif kpd ODASB. Sebelum kita citer detail alternatifnya, ada baiknya kita review dulu apa ODASB & kenapa orang gunakan ODASB?

Apa ODASB?

1. Overdraf bercagarkan sijil ASB, ataupun pinjaman kewangan drp bank dengan menggunakan sijil ASB sebagai cagaran.

2. Rate yang ditawarkan sekarang adalah di antara BLR @ BFR hingga BLR-1.5% bergantung pada bank dan promotion yang ditawarkan

3. Margin OD adalah antara 90-95 % daripada nilai cagaran sijil ASB (juga bergantung pada bank & promotion yang ditawarkan)

4. Tiada had tempoh OD dan annually auto renewal

Kenapa orang gunakan OD?

1. Alat @ tool menggunakan duit bank ataupun duit orang lain (OPM: other people money) untuk tujuan pelaburan. Duit sendiri simpan dalam ASB.

2. Dividen ASB yang diperolehi awal tahun dapat menampung interest ODASB, sebagai contoh kes sekarang dividen ASB adalah sekitar 7-9% dan intereset ODASB adalah antara 4.05% hingga 5.55% (bergantung pada bank & promosition). So margin keuntungan adalah sekitar 2.95% - 3.45%

3. Keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan dimasukkan kembali dalam OD bagi serve interest OD. So margine keuntungan akan menjadi lebih tinggi. Proses ini akan terus dilakukan, diulang2 hinggalah capai target apa yang nak........

4. Tujuan yang keempat adalah untuk membeli masa. Sebagai contoh jika sebelum ini kita boleh save RM1000/bulan & akhir tahun duit saving kita akan jadi RM12000.......Dengan adanya tools ODASB, duit daripada OD boleh terus dikeluarkan dan dimasukkan dalam ASB untuk dapat dividen tahunan ASB.............

Nampaknya tools ini adalah bagus dan begitu cepat untuk membuat keuntungan......Namun memandangkan lebih 30% daripada portion duit ASB yang kita laburkan dalam ASB, dilaburkan kembali pada tempat yang tidak sepatutnya, jadi bagi pelabur2 yang mencari keuntungan dunia & akhirat tentunya kita akan berhati2 ataupun tidak menggunakan pelaburan ASB ini untuk tujuan keuntungan............sehinggalah ASB / PNB membersihkan portion2 pelaburannya ini.......

So, solution alternatif selain ODASB:

1. Homeflexi: ODASB rate BLR @ BFR hingga BLR-1.5% dan homeflexi rate adalah BFR-2 (bergantung pada harga rumah) & aku sendiri dah dapat BFR-2.15% daripada CIMB Islamic untuk MV rumah RM415k.....................Katakan BFR/BLR sekarang adalah 5.55%, so homeflexi rate 3.4% dan ODASB rate 4.05% (BLR-1.5%)............Kesimpulan utk homeflexi vs ODASB, rate homeflexi lagi rendah dan lagi murah.............

2. ASB bagi dividen sekitar 7-15% setahun, tetapi portion pelaburannya melebihi 30% yang syubahat.............Alternatif????????????? Kita study dulu kenapa ASB bagi dividen sebanyak itu???

a. ASB/PNB laburkan duit kita itu dalam perniagaan yang memberikan keuntungan kepada PND
b. Dividen yang diperolehi drp business ini diberikan pada PNB & PNB beri pada pelabur......Contoh business company A untung 50%, so sebagai share holder PNB akan dapat 50% keuntungan juga & sebagai alhi2 pelabur, pelabur2 dlm ASB akan dapatlah 7-15%, selebihnya PNB ambillah haha......

Solution????? Kenapa perlu kita laburkan duit kita dalam pelaburan A, yg kemudian pelabur A ini laburkan kembali dalam perniagaan B (1 labur & 1 business) dan kemudian business B bagi return pada pelabur A 50 % dan pelabur A bagi return pada kita 7-15%.........................sedangkan kita sendiri boleh terus dapatkan return 50% itu (dengan 1 kali labur sahaja)....haha......m/mana caranya tu?????

Teruskanlah buatlah business.......ataupun teruskan labur dalam business samada business sendiri ataupun partnership.........Inikan dah langkau 1 step..........hmmm........nampak macam boleh buat???? tapi bolehkah di buat?????? soalan yang bagus.....

Ianya boleh dibuat dan tiada yg mustahil dalam dunia ini......NAK ataupun xnak aje & SANGGUP buat ataupun tidak sahaja.....Nanti aku sambung lagi dalam next entry inshaAllah....Moga ada manfaatnya setakat ini ye...

p/s: Aku dah sampai di kampung halaman ku, wanginya bau aroma ketupat daun palas :) Selamat berpuasa di hari terakhir & selamat hari raya esok. Maaf zahir & batin kepada semua.....

3 comments:

pokli said...

kawe tempah dah seratus ketupat palas.sedap weh.

PG said...

Salam Bro Luke the Spook..
selamat hari raya maaf zahir batin.Ptg ni Ambo keje kul 3pm-10pm.Makan ketupat tu ingat ambo..ehehe..

SK said...

Assalamualaikum Tuan Lukeman,

Singgah melawat sahabat, semoga sentiasa sihat selalu dengan usaha-usaha yang diberkati, insyaa-Allah.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP