Islamic Flexi Home

Wednesday, September 30, 2009





Salam, layan dulu pakej-pakej yang ditawarkan oleh CIMB Islamic Flexi Home Loan seperti di atas. Nanti saya ceritakan bagaimana pakej-pakej ini boleh digunakan bagi menggantikan ODASB, InshaAllah. Apa yang pasti mulalah MENABUNG dari sekarang, sekurang2nya 10% drp gaji anda kerana pelaburan hanya boleh dijalankan dengan adanya MODAL. Modal paling banyak hanyalah boleh diperolehi melalui PERNIAGAAN, dan perniagaan sebenarnya tidak memerlukan modal yang besar. Perniagaan adalah skill dan seni menggandakan wang dari RM1 kepada RM5 kepada RM10 dan seterusnya. Moga ada manfaatnya

Read more...

Buang Duri di Jalanan

Tuesday, September 29, 2009

Salam, jika anda dalam perjalanan sama ada ke taman permainan bersama anak2 ataupun ke surau ataupun ke pasar belakang rumah anda, dan anda melihat ada duri2 di jalanan, ataupun ada batu2 yang membahayakan kanak2, ataupun ada tin2 kemik yang kalau terlanggar boleh jadi luka kaki, maka alihkanlah ia ke tepi..............kerana kita tidak akan dapat masuk ke syurgaNYA kerana hebatnya amalan kita, tetapi kerana BELAS EHSAN dan RAHMAT dariNYA....Jadi buatkanlah amalan wpun sekecil2 amalan kerana mungkin amalan yang kecil itu akan menurunkan rahmat dan belas ehsan dariNYA......dan tinggalkanlah kejahatan walaupun sekecil2 kejahatan kerana mungkin kejahatan itu akan menyebabkan MURKANYA.....Moga ada manfaat utk diri saya dan pembaca semua inshaAllah

Read more...

Keep the Change

Salam, mungkin ramai antara kita yang telah apply kan dlm kehidupan seharian. Kepada yang belum lg apply, cuba2lah apply kan nya, anda akan menemui kepuasan dan kenikmatannya.....

Contoh jika anda pergi ke kedai runcit belakang rumah & barang yg anda beli adalah RM5.90, anda bagi RM6 dan anda cakap....'xpelah bang, ambillah baki tu' anda pun berlalu dan melupakannya mungkin kerana anda betul2 ingin niatkan sedekah/hadiah ataupun memang anda seorang yg busy hingga nak tunggu orang bagi balance pun xsempat....huhu

Tiba2 anda beli lagi di kedai yg sama & bayaran kali ini adalah RM8.10 & anda mencari2 duit RM0.10 tu dalam poket tapi xjumpa2 & pekedai tu ckp kat anda balik 'xpelah bang RM8 je'.......anda pun ckp 'betul ke? duit kecil ada, nanti saya ambilkan dalam kete ye'........dia ckp balik 'xpe bang RM8 je'......Anda pun bayar RM8 dan berlalu.....

Anda akan rasa kepuasannya bila anda BERBUDI TANPA MENGHARAPKAN BALASAN.....tetapi jika anda kata kat pekedai itu 'Dulu kan saya dah bagi lebih RM0.10, xkan yang ni xleh kurang', maka kepuasan dlm bermualah itu akan hilang & NIAT ANDA MASA ANDA bagi dulu pun dah berubah....

Kesimpulannya, jika anda ingin memberi....BERIKANLAH DENGAN SEIKHLAS HATI & LUPAKANLAH IA....Jika pun pekedai itu masih meminta RM8.10, maka bayarlah RM8.10, kerana budi anda itu usahlah diminta balasan daripada pekedai tadi..Biarlah DIA saja yang membalasnya...

Moga ada manfaatnya & sampai jumpa lagi, inshaAllah

p/s: Mungkin anda juga ada pengalaman yang sama yang boleh dikongsikan dengan pembaca yang lain di sini

Read more...

Pustaka Mukmin Putrajaya

Salam, satu lagi perkongsian hari ini, bagi pencinta2 ILMU. Kedai Buku Pustaka Mukmin yang sebelum ini hanya boleh disinggahi di Jalan TAR, KL, sekarang telah membukakan cawanganya di Presint 15 Putrajaya (depan Maidin Putrajaya)

Alamatnya: 55 Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya
Tel/Fax: 03-8890 4701


Artikel berkaitan sebelum ini adalah http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/07/kedai-buku-bagi-diskaun-20.html

Apa-apa pun better call dulu b4 pergi sebab haritu (b4 balik Raya) saya ingin cari buku yang saya nak, semuanya xde stok (kedai baru & stok xbanyak kot)

Moga sama2 dapat manfaat yang banyak darinya & sampai jumpa lagi inshaAllah

Read more...

Kebahagiaan Apakah yg Anda Cari?

Monday, September 28, 2009

Salam, kenapa kita tidak berkira untuk membayar RM dalam perkara2:

1. Menghantar anak ke tuisyen Bahasa Inggeris
2. Menghantar anak belajar muzik
3. Menghantar anak ke kelas tarian
4. Menghantar anak ke menara gading
5. Menghantar sms utk AF
6. Membayar bil2 elektrik untuk menonton rancangan2 yang melalaikan.....

tetapi mengapa kita begitu berkira untuk membayar RM dalam:

1. Menuntut ilmu2 yang bermanfaat dan berkualiti

Kawan, kebahagian apakah yang anda cari dari kehidupan ini??? Adakah anda merasa anda cukup hebat di sini??? Tidak kah anda terfikir bagaimanakah kehidupan anda di sana nanti?? Adakah sehebat di sini ataupun m/mana??? Janganlah kita hanya pandai mencipta masalah & xhabis2 bercerita tentang masalah..........tapi carilah penyelesaian kepada setiap masalah2 yang datang...........&

hidup ini adalah PILIHAN...Aku tidak akan ditanya apa yang anda semua pilih & lakukan & aku hanya akan ditanya tentang pilihan dan keputusan hidupku....& inshaAllah aku akan sediakan jawapan kepada setiap pilihan & keputusan hidupku......Adakah anda juga bersedia dengan jawapan anda bagi setiap keputusan dan pilihan hidup anda???????

Read more...

Mengajar Agama vs Mengajar Engineering

Salam aku nak share skit tentang kesalah fahaman pemikiran kebanyakan drp kita

1. Dapatkah pahala mengajar agama dengan BAYARAN RM?

2. Dapatkah pahala dengan mengajar kejuruteraan dengan BAYARAN RM?

3. Dapatkah pahala dengan mengajar Matematik, Bahasas Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Sains dengan BAYARAN RM?

4. Dapatkah pahala dengan berkerja sebagai PTD, pengarah, pengurus dengan BAYARAN RM?

5. Dapatkah pahala dengan berkerja sebagai Doktor / jururawat dengan mengubati orang dengan BAYARAN RM?

5. dapatkah pahala dengan berniaga juga dengan BAYARAN RM?

Kawan.....mengapa kita begitu mempersoalkan orang yang mengajar agama dengan BAYARAN RM sahaja? Mengapa tidak kita persoalkan sama orang yang mengajar kejuruteraan, orang yang mengajar matematik, orang yang mengajar akaun, orang yang mengajar bahasa melayu, orang yang merawat orang sakit, orang yang berniaga, orang yang makan gaji dan sebagainya.....

Bukalah pemikiran seluas2nya.......dan carilah jawapan kepada persoalan ini.....moga pemikiran anda lebih terbuka.....

p/s: Sebenarnya persoalan ini aku dah jawab indirectly dlm http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/09/kenapa-perlu-kuat-berkerja.html

Semak2 sajalah & luas2kanlah pemikiran...Jangan hanya melihat dengan mata kasar & satu arah sahaja, lihatlah sama dengan mata hati anda & dengan pelbagai arah pandangan.......

Read more...

Usahlah

Saturday, September 26, 2009

Salam

1. Usahlah kita mengharapkan anak yang soleh jika sekarang kita tidak menjadi anak yang soleh

2. Usahlah kita mengharapkan doa daripada anak2 yang soleh bila kita meninggal dunia besok, jika sekarang kita tidak mendoakan ibu bapa kita yang telah meninggal dunia...

3. Usahlah kita mengharapkan isteri yang solehah jika sekarang kita tidak menjadi suami yang soleh.......

4. Usahlah kita mengharapkan menantu2 yang baik / menziarahi pusara kita besok, jika sekarang kita tidak menjadi menantu yang baik / selalu menziarahi pusara mertua kita

5. Usahlah kita mengharapkan sahabat2 yang baik, jika sekarang kita tidak menjadi sahabat yang baik

6. Usahlah kita mengharapkan nasihat2 yang baik jika kita tidak memberikan nasihat2 yang baik kepada orang lain.......

7. Usahlah kita mengharapkan anak2 yang tidak merokok, jika sekarang kita merokok bagai x ingat dunia...

8. Usahlah kita mengharapkan syurgaNYA, jika hidup kita sekarang bagai tiada HALAL-HARAM, bagai tiada panduan dan pedoman....

Kesimpulannya......(a) .......kawan....hidup ini janganlah kita terlalu mengharapkan kepada makhluk (insan, haiwan, tumbuh2an dsb). Letakkanlah segala sandaran & pengharapan kepadaNYA.....(b) Jika anda ada sesuatu harapan ataupun target......maka usahakanlah sebaiknya, janganlah hanya mengharapkan sesuatu tanpa usaha dan perancangan.......Lakukanlah kerja kita SEBAIKNYA dan kemudian bergantung HARAPLAH segalanya kepadaNYA......Moga hidup kita lebih tenang, lapang dan teratur

p/s: Ini post terakhir saya di kampung. InshaAllah pagi esok kami akan berangkat ke Bangi. Moga perjalanan kami diberkatiNYA & selamat...inshaAllah

Read more...

Salam EidulFitri

Sunday, September 20, 2009

Salam EdulFitri kepada semua muslim. Semoga kedatangan Syawal memberikan kita lebih keberkatan & rahmat dariNYA. Moga dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan inshaAllah.........

Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.....Jemputlah datang beraya di rumah kami di Taman Universiti, Kajang...

Sampai jumpa lagi inshaAllah & berhati2lah memandu di musim perayaan ini

Read more...

Alternatif kpd ODASB

Saturday, September 19, 2009

Salam, kali ni aku nak share alternatif kpd ODASB. Sebelum kita citer detail alternatifnya, ada baiknya kita review dulu apa ODASB & kenapa orang gunakan ODASB?

Apa ODASB?

1. Overdraf bercagarkan sijil ASB, ataupun pinjaman kewangan drp bank dengan menggunakan sijil ASB sebagai cagaran.

2. Rate yang ditawarkan sekarang adalah di antara BLR @ BFR hingga BLR-1.5% bergantung pada bank dan promotion yang ditawarkan

3. Margin OD adalah antara 90-95 % daripada nilai cagaran sijil ASB (juga bergantung pada bank & promotion yang ditawarkan)

4. Tiada had tempoh OD dan annually auto renewal

Kenapa orang gunakan OD?

1. Alat @ tool menggunakan duit bank ataupun duit orang lain (OPM: other people money) untuk tujuan pelaburan. Duit sendiri simpan dalam ASB.

2. Dividen ASB yang diperolehi awal tahun dapat menampung interest ODASB, sebagai contoh kes sekarang dividen ASB adalah sekitar 7-9% dan intereset ODASB adalah antara 4.05% hingga 5.55% (bergantung pada bank & promosition). So margin keuntungan adalah sekitar 2.95% - 3.45%

3. Keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan dimasukkan kembali dalam OD bagi serve interest OD. So margine keuntungan akan menjadi lebih tinggi. Proses ini akan terus dilakukan, diulang2 hinggalah capai target apa yang nak........

4. Tujuan yang keempat adalah untuk membeli masa. Sebagai contoh jika sebelum ini kita boleh save RM1000/bulan & akhir tahun duit saving kita akan jadi RM12000.......Dengan adanya tools ODASB, duit daripada OD boleh terus dikeluarkan dan dimasukkan dalam ASB untuk dapat dividen tahunan ASB.............

Nampaknya tools ini adalah bagus dan begitu cepat untuk membuat keuntungan......Namun memandangkan lebih 30% daripada portion duit ASB yang kita laburkan dalam ASB, dilaburkan kembali pada tempat yang tidak sepatutnya, jadi bagi pelabur2 yang mencari keuntungan dunia & akhirat tentunya kita akan berhati2 ataupun tidak menggunakan pelaburan ASB ini untuk tujuan keuntungan............sehinggalah ASB / PNB membersihkan portion2 pelaburannya ini.......

So, solution alternatif selain ODASB:

1. Homeflexi: ODASB rate BLR @ BFR hingga BLR-1.5% dan homeflexi rate adalah BFR-2 (bergantung pada harga rumah) & aku sendiri dah dapat BFR-2.15% daripada CIMB Islamic untuk MV rumah RM415k.....................Katakan BFR/BLR sekarang adalah 5.55%, so homeflexi rate 3.4% dan ODASB rate 4.05% (BLR-1.5%)............Kesimpulan utk homeflexi vs ODASB, rate homeflexi lagi rendah dan lagi murah.............

2. ASB bagi dividen sekitar 7-15% setahun, tetapi portion pelaburannya melebihi 30% yang syubahat.............Alternatif????????????? Kita study dulu kenapa ASB bagi dividen sebanyak itu???

a. ASB/PNB laburkan duit kita itu dalam perniagaan yang memberikan keuntungan kepada PND
b. Dividen yang diperolehi drp business ini diberikan pada PNB & PNB beri pada pelabur......Contoh business company A untung 50%, so sebagai share holder PNB akan dapat 50% keuntungan juga & sebagai alhi2 pelabur, pelabur2 dlm ASB akan dapatlah 7-15%, selebihnya PNB ambillah haha......

Solution????? Kenapa perlu kita laburkan duit kita dalam pelaburan A, yg kemudian pelabur A ini laburkan kembali dalam perniagaan B (1 labur & 1 business) dan kemudian business B bagi return pada pelabur A 50 % dan pelabur A bagi return pada kita 7-15%.........................sedangkan kita sendiri boleh terus dapatkan return 50% itu (dengan 1 kali labur sahaja)....haha......m/mana caranya tu?????

Teruskanlah buatlah business.......ataupun teruskan labur dalam business samada business sendiri ataupun partnership.........Inikan dah langkau 1 step..........hmmm........nampak macam boleh buat???? tapi bolehkah di buat?????? soalan yang bagus.....

Ianya boleh dibuat dan tiada yg mustahil dalam dunia ini......NAK ataupun xnak aje & SANGGUP buat ataupun tidak sahaja.....Nanti aku sambung lagi dalam next entry inshaAllah....Moga ada manfaatnya setakat ini ye...

p/s: Aku dah sampai di kampung halaman ku, wanginya bau aroma ketupat daun palas :) Selamat berpuasa di hari terakhir & selamat hari raya esok. Maaf zahir & batin kepada semua.....

Read more...

LCCT-UK Flight SOLD

Thursday, September 17, 2009

Salam alhamdulillah flight ticket LCCT-Stansted UK http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/08/airasia-ticket-for-sale-50-discount.html telah terjual. Harap tiada lagi yang call saya bertanyakan hal ini. Terima kasih juga kepada sahabat2 yg memberikan cadangan utk tujuan pengiklanan. TQ very much

Read more...

http://www.JutawanDuniaAkhirat.com/

Wednesday, September 16, 2009

Salam alhamdulillah akhirnya http://www.ylukeman.blogspot.com/ telah berpindah ke http://www.JutawanDuniaAkhirat.com/ Moga hijrah ini memberikan lebih manfaat dan rahmat kepada admin; Lukeman Yusoff dan kepada pembaca semua inshaAllah. Moga kita semua lebih maju dalam setiap apa yang kita lakukan; dari jam ke jam, hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun, sehingga tercapai apa yang kita semua inginkan inshaAllah.

Kenapa http://www.JutawanDuniaAkhirat.com/?

1. Branding @ jenama: Saya akan bergerak dengan jenama ini inshaAllah
2. WOW factor: Apa yang ada disebalik web ini? M/mana caranya utk jadi sepertimana yang terdapat di sini?
3. Doa: Peranan doa dalam kehidupan

Moga Tuan Puan semua juga boleh bergerak dengan branding Tuan Puan sendiri. Please be yourself and dont be average, and please find the greatest strength inside yourself, inshaAllah all of us will be succeed. Moga ada manfaatnya, selamat meneruskan ibadat di bulan puasa, moga bertemu dengan lailatulqadar dan sampai jumpa lagi inshaAllah

Read more...

Kenapa Perlu Kuat Berkerja?

Tuesday, September 15, 2009

Salam

S: Soalan
J: Jawapan

S: Tuan, mengapa perlu berkerja keras sehingga mengabaikan ibadah kepadaNYA?
J: Apa maksud ibadah bagi Tuan?

S: Solat, puasa, zakat, haji, baca Quran, sedekah dsb
J: Berapa lamakah Tuan peruntukan masa utk itu dalam 1 hari (bagi hari2 biasa & bukannya Ramadhan)?

S: Mungkin dalam 3 jam maksimum sehari
J: Masa2 lain?

S: Masa2 lain saya peruntukkan utk kerja, perniagaan, diri & keluarga saya.
J: RUGINYA kehidupan Tuan, kerana hanya 3 jam saja sehari diperuntukkan utk ibadah dan 21 jam lain tidak dikira ibadah

S: Mengapa Tuan kata begitu? Adakah caranya utk menjadikan 24 jam masa kita sehari sebagai ibadah?
J: ADA...........Niatkanlah setiap perlakuan Tuan hanya keranaNYA, Tuan pergi & balik kerja keranaNYA, Tuan makan-minum keranaNYA & Tuan tidur keranaNYA & semualah.......& pastikan ibadah2 khusus Tuan tidak terganggu dengan ibadah2 umum ini & pastikan setiap kerja yang Tuan lakukan tidak melanggar laranganNYA...

S: Ohhh begitu, senangnya hanya dengan NIAT dan CARA YANG BETUL sahaja. Terima kasih Tuan kerana berkongsikan ilmu ini. Saya juga akan berkerja dengan lebih kuat & niatkan semua perlakuan saya hanya keranaNYA, tidak akan mengabaikan ibadah khusus saya & tidak akan melanggar laranganNYA. Moga SETIAP NAFAS DAN PERLAKUAN SAYA DIKIRA IBADAH OLEHNYA, inshaAllah
J: Terima kasih kembali. Semua ILMU dan segala kebaikan adalah milik dan dariNYA.

Moga dapat manfaat, selamat meneruskan ibadat di bulan Ramadhan, moga bertemu dengan lailatulqadar dan sampai jumpa lagi inshaAllah

Read more...

Tahukah Anda?

Monday, September 14, 2009

Salam, tahukah anda?

1. Colonel Saunders (KFC) menetapkan matlamatnya pada umur 65 tahun dan beliau mecapainya pada umur 72 tahun

2. Irfan Khairi menetapkan matlamatnya untuk berjaya (menjadi jutawan) pada umur 18 tahun dan beliau mencapainya pada umur 25 tahun. Ketika mengejar impiannya, beliau berusaha keras dan hanya tidur 3-4 jam setiap hari.

Adakah anda sanggup menetapkan MATLAMAT anda, dan BERUSAHA KERAS untuk mendapatkannya??? Saya sanggup dan saya juga akan mencapai matlamat saya insya'Allah.

Read more...

Duri dan Najis

Salam mungkin ada yang terkesan dengan artikel 'penyucian jiwa' dan 'penyucian jiwa 2'. Alhamdulillah itu menandakan bahawa hati-hati Tuan dan hati-hati kita semua ini masih lagi hidup dan masih lagi diberikan rahmat daripadaNYA. Gunakanlah manfaat dan peluang ini sebaiknya.

Jika dalam perjalanan, kita terkena duri dan najis, maka buangkanlah duri itu dan sapukanlah ubat pada kaki sehingga ianya sembuh & bersihkanlah najis itu sehingga badan kita bersih dan suci..........& teruskanlah perjalanan kita menuju ke destinasi IMPIAN. InshaAllah Tuan dan kita semua akan sampai ke destinasi PILIHAN.

Moga dapat manfaat, selamat meneruskan ibadat di bulan Ramadhan, moga bertemu dengan lailatulqadar dan sampai jumpa lagi inshaAllah

Read more...

Tips Kekayaan

Friday, September 11, 2009

Salam, berhati-hatilah dengan:

1. Setiap nasihat yang Tuan terima, sama ada ianya percuma ataupun berbayar

2. Ungkapan-ungkapan seperti ini:
(a) Jadilah diri Tuan sendiri TETAPI jadilah agen saya (Being yourself but please being my agent)
(b) Jangan jadi seperti orang kebanyakan TETAPI sertailah pelaburan ini yang ramai orang masuk (Don’t be average but please join this investment scheme which is many people involved)
(c) Sertailah pelaburan ini. Saya akan BANTU Tuan mencapai kekayaan

3. Ingatlah dalam dunia ini tiada orang nak Tuan kaya melainkan diri Tuan sendiri

Soalan:

1. Tuan, mengapa Tuan kongsikan tips ini? Bukankah tips ini juga akan menyebabkan saya kaya? Ianya berlawanan dengan nasihat Tuan no 3 di atas.

Soalan yang bagus. Jawapannya. Adakah dengan membaca tips ini Tuan akan menjadi kaya? Jika lepas baca Tuan tidak bertindak, tiada bezanya diri Tuan dengan orang yang tidak membacanya. Tuan akan menjadi kaya hanya jika Tuan BERTINDAK (take action). Sekarang adakah saya yang menyebabkan Tuan menjadi kaya ataupun diri Tuan sendiri? dan sudah pasti dengan izin dariNYA.

2. Tuan, tidak takutkah Tuan kalau orang lain mengikut jejak langkah Tuan yang menyebabkan orang lain pun sama kaya macam Tuan?

Jawapan tahap 1. Adakah dengan sebab saya telah kaya, maka Tuan tidak boleh jadi kaya?
Jawapan tahap 2. Adakah dengan sebab ekonomi teruk, maka kekayaan dan rezeki ALLAH itu tersekat dan tidak boleh turun?
Jawapan tahap 3. Adakah sekiranya semua orang di dunia ini menjadi kaya maka khazanah ALLAH itu berkurangan?

3. Jadi mengapakah Tuan kongsikan tips ini? Mungkin Tuan juga ada maksud tersembunyi?

Bagus, nampaknya hari ini semuanya cepat belajar (fast learner). Saya juga ada tujuan berkongsikan tips ini. Tujuan saya ialah, agar:

(a) Ramai orang boleh bertindak untuk bergerak kearah kekayaan yang diredhaiNYA
(b) Ilmu saya digunakan oleh ramai orang, yang menyebabkan pahala yang saya dapat tidak kunjung padam
(c) Saya mendapat network yang bagus dan hebat daripada Tuan Puan semua
(d) Saya mendapat sahabat-sahabat yang baik seperti Tuan Puan semua
(e) Saya mendapat ilmu-ilmu lain yang lebih hebat daripada ini
(f) Saya mendapat lebih banyak idea lain yang lebih hebat daripada idea ini
INSYAALLAH

4. Adakah nasihat Tuan ini boleh dipakai, kerana ianya percuma?

Tuan sendiri yang perlu menilainya, dan nasihat ini TIDAK PERCUMA, kerana SAYA DIBAYAR OLEHNYA dalam setiap apa yang saya lakukan.

5. Mengapa tidak Tuan simpan saja tips ini untuk kegunaan Tuan seorang saja?

Kerana ALLAH itu MAHA KAYA. Jika pun semua orang di dunia ini menjadi kaya dan jutawan ianya tidak sedikitpun menjejaskan khazahah ALLAH dan tidak sedikit pun menghalang perjalanan saya menuju ke destinasi jutawan dunia dan akhirat, insya’Allah.

6. Tips ini sesuai untuk Tuan atau untuk saya?

Sebenarnya tips ini adalah untuk saya dan saya sedang aplikasikan dalam kehidupan saya. Saya kongsikan di sini dengan Tuan Puan kerana insya'Allah saya dan Tuan Puan semua akan dapat banyak manfaat seperti di atas.

Moga semua dapat manfaat, selamat meneruskan ibadat di bulan puasa dan moga bertemu dengan lailatulqadar. Sampai jumpa lagi, insya’Allah

Read more...

Melayu mudah lupa?

Thursday, September 10, 2009

Salam, alhamdulillah 3 artikel aku sebelum ini mendapat sambutan yang hangat daripada pembaca. Ada yang mengucapkan tahniah keatas perubahan yang dilakukan. Aku memohon maaf kerana tidak berkelapangan untuk menjawap pertanyaan Tuan. Insya’Allah aku akan jawap dalam artikel-artikel yang akan datang.

Alhamdulliah, dengan berkongsi ilmu2 aku yang tak seberapa, aku mendapat kenalan dan rakan baru yang juga sudi berkongsi ilmu mereka yang bermanfaat kepada aku dan kepada semua. Inilah yang kucari daripada penulisan ini, insan2 dan sahabat2 yang sudi berkongsi ilmu dan sanggup menegur kesilapan, demi kebaikan bersama. Tiada apa yang kita cari di dunia ini melainkan keredhaan dariNYA

Tiada salahnya jika kita terbuat salah dikala kealpaan, tetapi apabila tersedar (ataupun disedarkan), cepat2 lah ambil tindakan dan kembalilah kepangkal jalan. Mohon ampun kepadaNYA atas keterlanjuran semalam, dan berhati-hatilah dalam kehidupan yang akan datang. Teruskan perjalanan dan perjuangan menuju ke destinasi PILIHAN.

Masuk pada tajuk asal yang ingin dibincangkan, mungkin kita selalu dengar ungkapan2 ini:
1. Melayu mudah lupa
2. Orang Cina pandai matematik
3. Orang kaya kedekut
4. Orang miskin malas berusaha

Sebelum aku jawap, aku nak tanya dulu:
1. Kalau Tuan lapar, apa yang Tuan lakukan???? Cari makanan dan makan, betul? Simple solution

Ok, katakanlah ada orang datang jumpa aku dan berkata:
1. Tuan, saya seorang yang lemah Matematik, dan terbukti semua peperiksaan, UPSR, PMR & SPM saya fail matematik. Mengapa Tuhan jadikan saya sedemikian???????
2. Tuan, saya seorang yang miskin. Saya lahir dari keluarga miskin, dibesarkan dengan penuh kemiskinan dan sekarang ini pun saya miskin dan saya percaya saya akan terus miskin selamanya. Mengapa Tuhan tidak lahirkan saya dalam keluarga yang kaya??????

Ok, cukup 2 soalan. Aku faham akan ada lagi soalan ke 3, 4, 5 dan seterusnya..........

Tuan, sebelum kita menyalahkan Tuhan dan sebelum kita menyalahkan orang lain, adalah lebih baik kita tanya dulu apa yang kita NAK JADI dan apa yang KITA DAH BUAT kearah itu.......Katakanlah betul Tuan lemah matematik dan terbukti dalam 3 peperiksaan, jadi apa yang boleh Tuan lakukan untuk berubah di masa akan datang??????? Belajarlah, tanya dengan orang yang excellent Matematik m/mana mereka belajar sehingga boleh berjaya....

Ok, katakanlah Tuan dilahirkan dalam keluarga miskin & Tuan menerima takdir itu seadanya, maka begitulah kehidupan Tuan selamanya.............Kenapa bila lapar Tuan boleh berusaha untuk menghilangkan kelaparan, tapi bila miskin & xpandai matematik, Tuan xtahu nak selesaikannya......Jika xpandai belajarlah agar pandai, jika miskin usahalah agar kaya.....

(Panjangnya intro, belum masuk isi lagi)

Ok, isinya............betulkah melayu mudah lupa? Betulkah orang cina pandai matematik? Betulkah orang kaya kedekut? dan betulkah orang miskin malas berusaha??????? Jawapannya semuanya x betul......SEMUANYA SALAH...................Melayu tidak mudah lupa, orang cina tidak pandai matematik, orang kaya tidak kedekut dan orang miskin rajin berusaha.........ataupun jawapan yang lebih tepat ialah BERGANTUNG KEPADA INDIVIDU ataupun DIRI SENDIRI........Apa yang Tuan NAK???? Tuan nak mudah lupa, Tuan akan mudah lupa. Tuan nak pandai Matematik, Tuan akan pandai Matematik, Tuan nak KAYA DAN PEMURAH, tuan akan jadi KAYA DAN PEMURAH, Tuan nak RAJIN BERUSAHA, tuan akan jadi rajin bersusaha.......

Semuanya bergantung pada DIRI SENDIRI. Jika kita setkan target apa yang kita nak , dan berusaha kearah itu & perbanyakkan amalan & doa insya’Allah kita akan dapat apa yang kita impikan.....Ia tidak kena mengena dengan genetik dan keturanan.......Jadi BERUSAHALAH UNTUK MENGUBAH KEHIDUPAN TUAN agar lebih cemerlang dan terbilang

Sama juga kalau Tuan tengah pandu kereta dan di depan Tuan ada gaung (Tuan faham gaung apa yang aku maksudkan), pastinya Tuan akan elak gaung itu dan bawa keluarga Tuan ke taman idaman........Begitulah juga kehidupan.....SEMUANYA PILIHAN DAN DI TANGAN KITA dan sudah pasti DENGAN IZIN DARIPADANYA...

Real case study....Semalam ada salesman datang office aku (xtahulah m/mana guard boleh lepas), nak jual barangan utk kanak2 & dewasa, buku2 & CD lebih kurang........Dia promote laa cakap ‘Why chinese good in mathematic?...........’ (kononnya nak suruh aku beli utk anak2 aku agar semua pandai matematik, ataupun dalam bahasa halusnya orang selain cina semua xpandai matematik).....................belum abis dia cakap aku dah potong (memang aku hangin)..........Why u said like that?? Can you prove it???? How can you conclude like that? Do you know what is my Mode Math and Additional Math result in SPM, and i am a malay and i am not a chienese......

Lastly instead of dia yang jual barang kat aku, aku yang jual barang kat dia (barang apa yang aku jual??? Lain kali kita cerita yee)...Moralnya, kalau Tuan businessman, pastikan Tuan mempunyai barang yang betul2 berkualiti untuk dijual kepada pelanggan....Aku sanggup membayar harga yang mahal jika terbukti produk Tuan itu berkualiti & aku perlukan........

Peringatan juga untuk aku yang insya’Allah sedang bergerak ke arah businessman. Insya’Allah aku target tahun depan aku akan ada 1 produk jenama aku sendiri untuk dipasarkan....
Mengapa perlu tahun depan??? Xboleh kah sekarang???? Kawan, lagi sekali aku ulang.....JIKA INGIN JADI BUSINESSMAN, PASTIKAN PRODUCK YANG KITA JUAL ITU BETUL2 BERKUALITI DAN DIPERLUKAN OLEH MASYARAKAT, lebih2 lagi jika itu produk pertama kita, memang perlukan kualiti agar bila kita keluarkan produk kedua, ketiga dan seterusnya......jenama kita itu sudah dikenali dan orang ingin membelinya lagi.......Insya’Allah kualiti itu yang aku cari

Dan Insya’Allah aku tidak akan terkesan dengan rumah banglo Tuan yang 10 tingkat ataupun kereta mewah Tuan yang 8 biji.....jika ASAS DAN TAPAKNYA RAPUH....Aku lebih terkesan walaupun Tuan tinggal di rumah setinggan sekarang, tapi ASAS DAN TAPAK TUAN BEGITU KUKUH DAN MANTAP....kerana dengan asas yang kukuh inilah akan terciptanya lebih banyak kejayaan di masa hadapan......Jadi peringatan untuk aku dan untuk semua bakal2 pelabur & bakal2 usahawan / businessman, janganlah terlalu sibuk untuk terus membina banglo....sibukkanlah diri terlebih dahulu MEMBINA ASAS DAN TAPAK BANGLO ITU..pastikan ianya betul2 mantap dan kuat sebelum banglo @ KLCC Tuan didirikan (tapi jika Tuan bersedia untuk roboh/jatuh apabila hari hujan ataupun ditiup angin, tidak mengapa). Aku hanya mengingatkan diri sendiri disamping berkongsi untuk kebaikan semua.........Moga dapat manfaat, selamat meneruskan ibadah di bulan puasa dan sampai jumpa lagi, insya’Allah

Read more...

Don't be average

Tuesday, September 08, 2009

Salam, mungkin kita selalu dengar 2 ungkapan ini, 'Don't be average' and 'Be yourself'. Mungkin ada orang2 yang kita admire ataupun kita respect menasihatkan kita dengan ungkapan DON'T BE AVERAGE AND BE YOURSELF ini, tetapi apabila kita lihat kepada perlakuan dan tindakannya seolah2 tidak selari dengan percakapannya, seolah2 dia pun dikalangan orang kebanyakan (an average people) dan seolah2 diapun terikut2 dengan cara orang lain (not being himself)

Penyelesaiannya, mari kita tengok apa maksud 'dont be average' ataupun jangan jadi orang kebanyakan ataupun jangan jadi seperti orang kebanyakan. Dengan kata lain jangan terikut2 dengan rentak orang. Orang sibuk jual kuih, kita pun sibuk nak jual kuih, orang sibuk jual lembu, kita pun sibuk nak jual lembu, orang sibuk jual emas, kitapun sibuk nak jual emas, orang sibuk nak jual water filter, kitapun sibuk nak jual water filter...........

Selagi kita sibuk menjadi AGEN ataupun MENJUAL PRODUK ORANG LAIN, selagi itulah kita akan jadi average people.....CONFIRM, insya'Allah...kerana apa??????????? Kerana kita terlalu sibuk untuk memperkayakan upline kita, kita terlalu sibuk untuk memperkayakan tokey kita.........kita terlalu sibuk untuk memperkayakan orang lain.....Kita??? mungkin kayalah jugak, tapi xdelah nak sekaya tokey kita....

Apa kata kalau kita jadi tokey sendiri???????????? Takut? Xberani? Xde ilmu? Xde modal? Xbijak? Xde network? Xde idea??????????? Habis Tuan ingat orang yang jadi tokey tu lahir2 terus ada modal, lahir2 terus bijak, lahir2 terus ada ilmu, lahir2 terus ada network, lahir2 terus ada idea geliga2 ke???????? Kenapa kita perlu menjadi agen dia, jadilah seperti dia.....Tanya dia, dulu dia pernah jadi agen x????? Confirm dia pun xpernah jadi agen, tetapi dia bijak untuk mempergunakan kita manjadi agen dia dalam memperkayakan dirinya.....Hebatkan dia???????? So, jadilah seperti dia yang tidak pernah menjadi agen, tetapi membina produk sendiri, membina network sendiri dan memasarkan produk sendiri dengan usaha sendiri.....Tuan menjadi agen dia bukan kerana silap dia, tapi silap Tuan kerana tidak mempunyai perancangan kewangan dan perancangan perniagaan yang jitu dan tiada defand yang kuat....

Ok, kemudian barulah timbulnya ungkapan yang kedua iaitu BE YOURSELF.....Kalau orang itu tokey emas, tapi kita tiada kepakaran dalam emas, maka belajarlah untuk jadi tokey emas...Kalau rasa xleh jugak nak jadi tokey emas............maka disinilah timbulnya 'be yourself' ataupun jadilah diri Tuan sendiri.......Explore apa kelebihan dan kehebatan Tuan. Xkan dah hidup 30 tahun ini tiada apa2 yang special, mesti ada........Perhebatkanlah kelebihan Tuan itu dengan belajar, belajar dan belajar......Binalah produk kita sendiri, bina network yang kuat sesama kita, kongsikan ilmu2 yang bermanfaat, kumpulkan modal sebanyak2nya, belajarlah untuk mencari idea2 baru dan idea2 yang geliga......kemudian bergeraklah dengan produk dan jenama sendiri samada secara perseorangan ataupun secara berkumpulan/jemaah........(produk apa, idea apa kita bincang panjang lebar lain kali yee)

Jika Tuan ada blog, itu sudah cukup bagus. Kongsikan apa2 ilmu bermanfaat yang Tuan ada di situ. Nanti jika orang mengambil manfaat daripadanya insya'Allah Tuan akan dapat lebih banyak manfaatnya, dan Tuan akan dapat ilmu2 baru tanpa disangka2...........Untuk lebih cantik, letakkanlah sekurang2 nya NAMA tuan untuk orang panggil, NO TELEFON tuan untuk orang hubungi dan alamat EMAIL tuan untuk orang berutusan, jika ada perbincangan lanjut diperlukan....

Komen2 dan perbincangan di dalam blog juga bagus untuk menyemarakkan lagi percambahan ilmu, tetapi letakkanlah sekurang2nya NAMA tuan supaya orang nampak tuan begitu bertanggungjawap dengan setiap apa yang tuan katakan.........Insya'Allah bila kita mula menjadi diri kita, bila kita mula mengambil tanggungjawab dalam setiap tindakan yang kita lakukan, kita akan bergerak lebih maju dengan penuh yakin........

Apa nak takut...Kalau orang email cakap tuan menang loteri ke hadiah ke delate je lah....kalau dia mintak anda register untuk apa2 peraduan pun delate jelah.......Aku pun alami perkara yang sama, tapi alhamdulillah selepas itu kita akan menjadi lebih kuat....

Biarlah lambat sedikit demi membina ASAS YANG KUKUH kerana bila asas sudah kukuh dan kuat, bukan setakat banglo 8 tingkat, malah bagunan KLCC pun boleh didirikan.........tetapi JIKA ASAS GOYANG DAN RAPUH bukan setakat banglo 8 tingkat, malah rumah setinggan pun boleh roboh........Moga dapat manfaat, selamat meneruskan ibadat di bulan puasa dan sampai jumpa lagi, insya'Allah

Read more...

Penyucian Jiwa (2)

Salam, seperti yang dijanjikan kepada diri sendiri dan kepadaNYA, hari ini aku meneruskan misi penyucian jiwa insan yang telah tercemar:

1. Aku buka current account Bank Muamalat. Bermula bulan Oktober 2009, segala gaji aku akan masuk ke akaun ini dan bukan lagi ke saving account CIMB seperti sekarang.

(a) Masalah tentang pembayaran pinjaman yang biasanya aku buat melalui cimbclicks juga telah berjaya aku atasi. Penyelesaiannya, aku buatkan standing instruction (arahan tetap) kepada Bank Muamalat (BM) agar terus membuat pembayaran kepada loan kereta dan loan rumah aku secara tetap pada tarikh2 tertentu. Masalah selesai.

(b) Masalah pembayaran bil pula timbul kerana jumlah bil aku tak tahu berapa. Penyelesaiannya buat masa sekarang, aku tambahkan lagi 1 standing instruction (arahan tetap) agar gaji aku sebanyak RM.....dipindahkan kepada cimb agar senang untuk aku membuat pembayaran bil-bil yang tidak tetap seperti bil eletrik, air, indahwater, cukai pintu, cukai tanah, broadband dsb. (Insya'Allah jika ada cara lain yang lebih mudah daripada ini, harap dapat share di sini)

(c) Masalah ke tiga adalah CC. Buat masa ini CC aku juga aku gunakan cimb directaccess. Alternatif, buat masa ini Bank Muamalat tiada perkhidmatan CC, yang ada hanyalah debit card dengan menggunakan CA tersebut. Buat sementara waktu aku akan gunakan kedua2 CA BM & CC cimb ini dan pembayaran untuk CC cimb akan aku lakukan daripada pemindahan (b) di atas.

Alhamdulillah masalah tentang gaji selesai buat sementara waktu sehingga ada pembaikan2 yang akan dilakukan mengikut perkhidmatan yang ditawarkan nanti.

2. 1 akaun ASB telah aku kosong (0) kan. Duit daripada ASB ini aku penuhkan OD sehingga melimpah. Aku buat surat kepada bank branch manager untuk terminate OBASB service. Proses penutupan memerlukan masa kira-kira 2 minggu (hantar notis kepada PNB, PNB bagi balik sijil & bawa sijil cairkan di PNB). Tidak mengapa, aku akan tunggu, janji kerja2 yang patut aku lakukan telah dilakukan. Duit daripada 2 akaun ASB ini akan aku letakkan dalam akaun Tabung Haji buat sementara waktu, sehingga aku menjumpai alternatif pelaburan yang yang memberikan lebih manfaat kepada diri & keluarga di sini dan juga di sana.

Mungkin ada yang tertanya kenapa sebelum ini aku simpan duit dalam ASB dan kenapa aku gunakan perkhidmatan ODASB, tapi dalam masa tak sampai 2 bulan aku keluarkan semua duit aku dan isteri daripada ASB

Jawapannya adalah aku bertindak dengan ILMU-ILMU dan HUJAH-HUJAH yang sampai kepadaku. Sebelum ini ilmu yang sampai kepadaku adalah ASB harus. Maka aku bertindak seadanya. Namun setelah kajian secara terperinci dilakukan dengan HUJAH-HUJAH yang nyata, maka aku membuat kesimpulan peribadi ASB adalah haram bagi aku setelah ilmu-ilmu ini sampai. Sebab itulah aku bertindak sepantas kilat untuk membersihkan dan menyelamatkan diri aku dan keluarga daripada bahaya ini (Tuan faham bahaya apa yang aku maksudkan)

Apakah hujah-hujahnya?? Tuan2 dan Puan2 boleh rujuk di sini http://www.zaharuddin.net/content/view/224/95/

Dari sini akan ada banyak lagi sumber rujukan lain yang bermanfaat.

Aku tidak menyuruh Tuan untuk mengikut jejak langkah aku. Aku hanya ingin berkongsikan ILMU2 yang bermanfaat untuk kebaikan kita. Mengapa ASB harus dan mengapa ASB haram? mesti ada dalilnya. Jadi cuba-cubalah selak untuk dapatkan jawapannya.

Apabila bertambah ILMU maka bertindaklah sepantas mungkin sesuai dengan ILMU Tuan, kerana aku tidak akan dipertanggungjawabkan dengan tindakan Tuan. Aku hanya akan dipertanggungjawabkan dengan tindakan dan keputusan aku, dan hidup ini adalah PILIHAN. Kita yang MEMILIH kemanakah arah dan tujuan hidup kita, dan aku memilih untuk MENJADI JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT, dan insya'Allah aku akan sampai ke destinasi itu..

Moga semua dapat manfaat dan moga kita semua mendapat redhaNYA dunia dan akhirat. Hidup ini hanyalah sementara, kehidupan akhirat yang menjadi tujuan kita yang hakiki. Sampai jumpa lagi insya'Allah

p/s: 1. Aku call PNB tadi, bertanyakan procedure utk tutup akaun ASB. Dia cakap x perlu tutup sebab fatwa kebangsaan kata ASB harus :) Aku cakap aku dah study & ASB haram & apa2 hal pun aku nak tutup, dia terdiam. Aku cakap lagi ASD pun aku nak tutup jugak. Dia kata ASD xperlu tutup, sebab ASD ada panel syariah :) ......IC maknanya ASD ada panel syariah TETAPI ASB xde panel syariah laa ye??? :) haaa dah terkantoi dengan staff PNB sendiri. Apapun pilihan ditangan Tuan, carilah jawapan yang konkrik untuk menjawab soalanNYA di sana nanti

2. Kenapa aku post entry ini, sedangkan aku tidak suka bercerita tentang diari? Aku ingin membuktikan bahawa kita boleh buat apa yang kita inginkan asalkan kita NAK. Nak ke tak nak? Kalau NAK semua jadi, insya'Allah.....So think big & action big, we will succeed

Read more...

Penyucian Jiwa (ASB)

Monday, September 07, 2009

Salam, Insya'Allah aku akan melakukan penyucian jiwa SEPANTAS KILAT & target aku sebelum tamat Ramadhan semua sisa-sisa syubahat dan riba' dapat ku hapuskan, insya'Allah. Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosa hambaMU ini dan permudahkanlah perjalanan hambaMU ini dalam mencari redhaMU, amin...

1. Aku akan topup balik OD sehingga penuh. Duit- duit kecemasan akan aku keluarkan (esok bank buka aku akan jalankan misi ini sehingga berjaya)

2. Ambil balik sijil ASB, pegi PNB/agen PNB tutup akaun ASB aku & wife

3. Duit ASB aku & wife akan aku letakkan dalam akaun yang terjamin HALAL nya. Dalam masa yang sama akan teruskan KAJIAN/PENYELIDIKAN tentang pelaburan2 ALTERNATIF yang bebas syubahat & bebas riba'. Insya'Allah aku akan kongsikan penemuan aku nanti.

4. Pertemuan aku yang pertama tentang pelaburan ALTERNATIF YANG HALAL adalah perniagaan. Create your own HALAL investment called BUSINESS. Insya'Allah perbincangan lebih lanjut akan aku masukkan kemudian.

5. Artikel 'ODASB (Overdraf bercagarkan ASB): Kes Study' akan aku keluarkan. Komen-komen terpilih tentang pelaburan alternatif akan aku masukkan di sini, insya'Allah.

6. Artikel-artikel yang telah diterbitkan yang berkaitan dengan ODASB akan aku kemaskinikan.

Aku juga MEMOHON MAAF kepada Tuan/Puan yang telah membaca artikel-artikel aku yang berkaitan dengan ASB dan ODASB seperti 'ODASB (Overdraf bercagarkan ASB): Kes Study' (yang ini akan aku keluarkan) dan 'RM100k, di mana harus dilaburkan?' (yang ini aku akan edit).

Semoga perjalanan hidupku (dan hidup kita semua) menjadi lebih mudah, berkat dan diredhaiNYA sesuai dengan MATLAMAT JELAS yang ingin kutuju, JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT, insya'Allah & amin ya ALLAH. Moga dapat manfaat dan sampai jumpa lagi, insya'Allah.

Read more...

Politician & Footballer

Friday, September 04, 2009

Salam, mengapa anda tengok ramai politician yang bergaduh, xkisahlah di Malaysia ke, di Taiwan ke, di Indonesia ke di Singapore ke....Soalan aku kenapa???? Why?? Jawapannya adalah mereka dibayar untuk bergaduh......Aku ulang lagi sekali POLITICIAN DIBAYAR UNTUK BERGADUH/BERDEBAT/BERBAHAS sesama mereka. So mereka bergaduh, berdebatlah dengan senang hati, kerana mereka memang dibayar untuk itu

Persoalannya, kenapakah anda orang2 bawahan ini juga suka bergaduh & berdebat xtentu pasal kerana politik? Adakah anda juga dibayar???? Kawan, kalau anda tidak dibayar dan anda tidak mendapat apa2 manfaat daripada perdebatan itu, HENTIKANLAH, janganlah membuang masa anda dengan membuat benda2 yang tidak berfaedah

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan prihatin, setiap kali pilihan raya, anda keluarlah mengundi. Undilah sesiapa yang anda fikir layak untuk jadi wakil rakyat di kawasan anda. Kemudian perhatikanlah performance mereka. Kalau anda rasa mereka tidak perform, then 4 tahun akan datang anda undilah orang lain........repeatlah step ini 4-5 kali sampai anda jumpa wakil rakyat yang betul2 anda puas hati.....

Katakanlah selepas 5 kali pilihan raya, masih juga anda tidak puas hati dengan performance wakil rakyat yang anda pilih..........then jangan buang masa, ambil borang pencalonan, isikan nama anda & jadilah calon.................Yes, jadilah calon, i'm not joking man, i'm serious......If you are not thrust with other people performance, then take the pen, fill up the form with your name, take the job & responsible, go to the bettle field & you will be succeed........Yes, you will be succeed.....

If all of people you don't trust...then TRUST YOURSELF. If all other people are not trusted, then of course people will select you, if you are proven that trustful....So you are the selected one and YOU ARE THE ONE.....So nak bertengkar ke berbalah ke....gasaklaa sebab sekarang anda memang dibayar untuk berbuat demikian...

Aku????? So far aku puas hati dengan wakil rakyat di kawasan aku….So biarlah dia berkhidmat kepada masyarakat dengan cara dia & aku berkhidmat kepada masyarakat dengan cara aku. Aku memperkayakan diri aku dengan cara aku & memperkayakan masyarakat dengan ilmu2 yang bermanfaat....

2. Footballer juga dibayar untuk bermain bermatian2. Adakah anda @ penonton juga dibayar untuk menonton bermati2an?? Haha……….Lepas habis game ManU vs Arsenal siap kutuk2 lagi Ronney xperfom…… Apa kata, anda ambil cell phone anda & call Sir Alex…..’Hello Sir Alex, I think this guy (Ronney) is not good enough for your team. Why not you replace him with ME for next game coz I’m better than him. I can score goal in each & every angle of field & I will make your team more succeed then him……..You no need to pay me as much as you pay him, just pay me half from his salary’……..Ada berani?????

Cukuplah yee….Xpayahlah aku ulas panjang2…

Kesimpulannya, yang aku nak cakapkan adalah jika anda ada hobi, pastikanlah hobi anda itu bermanfaat untuk anda. So, jika anda ingin mencapai financial freedom, kikis/buanglah hobi2 yang tidak bermanfaat………Buang perlahan2 dan gantikan hobi anda dengan hobi2 yang lebih bermanfaat & mempercepatkan perjalanan anda ke destinasi financial freedom & berkawanlah dengan mereka yang sekepala dengan anda….Moga dapat manfaat & sampai jumpa lagi……..insya’Allah…

p/s: kalau ada game Barcelona vs Liverpool, aku juga mungkin akan tengok, tp mungkin pada 20 minit terakhir. Itupun kalau final cham leage………..Kalau game Brazil vs Itali, tetapi friendly, confirm aku xkan tengok…kerana aku tidak suka menonton LAKONAN….

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP