RM100k, dimana harus dilaburkan?

Monday, August 17, 2009

Sekiranya anda mempunyai RM100 000 dan anda mempunyai kesedaran kewangan, dimanakah sepatutnya anda harus laburkan. Biasanya jika kali pertama anda pegang duit sebanyak ini, maka akan ramailah orang yang akan approach anda :) dan banyak juga anda akan terima email drp overseas ie Newzeland, Ghana & banyak lagilah dari negara2 asing lain (mintak jadi agen @ jual produk2 mereka-senang betul diorg nak buat duit ye-ingatkan agen credit card & personal loan je yang main dengan telefon/email sekarang).

1. Kes pertama: Datanglaa agen unit trust, approach anda kata return unit trust ini adalah 20%setahun untuk 5 tahun yg lepas........Wow, anda begitu teruja....
2. Datang lagi agen MLM: Anda laburkan RM30k, anda akan dapat return RM3k sebulan + pakej tabung kereta dan perlancongan...Wow, return anda 120% setahun (xtermasuk tabung kereta dan perlancongan)
3. Datang lagi agen hartanah: Melaburlah dalam projek terbaru kami, DP nya cuma serendah RM1000 (kos2 lain semua free-lowyer fees & legal fees) dan kadar sewanya lagi 3 tahun (apabila projek ini siap) adalah RM1000 dengan mortgage adalah RM150k (installment + maintenance adalah RM700)...Wow ROI nya mencecah 360% setahun....
4. Datang agen emas: Belilah emas sekarang. Harga emas tengah trend menaik sekarang. Xrugi kalau anda melabur. Return boleh mencecah 30% setahun...Wow...
5. Datang lagi agen amanah saham: Laburlah dalam saham kami, sekarang nilainya 0.2 sen seunit. Mungkin lagi 5 tahun nilainya akan mencecah 0.7 sen...Wow pakej yang menarik..
6. Datang jutawan peniaga pasar malam: Mulakanlah perniagaan pasar malam, anda akan dapat keuntungan RM10-RM15 k sebulan....wow

Wowowo semuanya begitu hebat dan mengujakan, sampai anda sendiri tidak tahu nak buat pilihan, semuanya memberikan pulangan yang menarik & hebat. Memandangkan anda mempunyai modal yang banyak, jadi mengapa tidak anda ambil semua sekali & diversify :) :) :).....Boleh ke macam tu?? Boleh, xde masalah, tapi risiko nya anda tanggunglah sendiri..... :)

Bagi orang2 yang berkecuali & tidak berkepentingan & tentunya inginkan return seperti yang diharapkan dan juga tidak mahu kehilangan duit sudah tentunya tidak akan TERUS membuat keputusan. Anda akan berfikir, berfikir & berfikir & mengkaji & study kenapa sampai banyak tu return. Betul ke apa yg agen2 tu cakap. Ataupun diorang sekadar nak kan duit aku, lepas tu lesap entah ke mana........

Hmmm.....so yang mana yang paling baik dan yang paling untung dan paling selamat (secure)... Pada aku semuanya selamat dan untung jika anda TAHU kenapa return banyak tu 5 tahun lepas & bolehkan 5 tahun akan datang returnnya akan sama jugak. Ataupun at the time u masuk jek, terus share anda akan drop 50%.......hahaha meraunglaa anda jawabnya.....

Dan lagi 1 sebagai contoh, xsemestinya jika member anda masuk unit trust 5 tahun lepas, dia dapat return 20% setahun...Bila anda masuk tahun ini anda juga akan dapat return yang sama utk 5 tahun akan datang.......XSEMESTINYA, sebab tu anda kena study, kenapa 5 tahun lepas returnnya 20% & bolehke 5 tahun akan datang memberikan pulangan yg sama........Lebih2 lagi kalau member anda itu memang agen unit trust....Itu lagi merbahaya / BIAS. Sudah tentu ianya TIDAK SEMESTINYA baik utk kesihatan wang anda, tapi SEMESTINYA baik utk kesihatan kewangan kawan anda/egen tersebut :) (anda faham maksud saya disini)..........

Sama juga dengan MLM, rumah, emas & pasar malam dan apa2 saja pelaburan. Mengapa ada org buat berjaya & ada org buat xberjaya???? Anda kena study & anda kena follow track org yang berjaya. M/mana nak study??? Carilah mereka yang telah berjaya, belajarlah dengan mereka. Kalau mereka murah hati & bagi ilmu free, alhamdulillah ambillah sebanyak2nya & apply kan dalam kehidupan anda. Kalau mereka charge, bayarlah, sebab mereka dah terbukti berjaya & anda ingin follow step mereka. Laburkanlah utk diri anda dahulu............Kalau anda takut pandangan sebelah pihak BIAS, anda mindalah juga pandangan daripada orang2 yang xberjaya, mengapa mereka xberjaya??? tentu ada sebabnya.......study & jadikan sempadan & jangan follow track mereka..... & lagi 1 utk elakkan BIAS, minta pandangan mereka2 yang BERKECUALI. Tanya mereka, kenapa xmasuk pelaburan ini, sedangkan mereka ada duit/modal.......Dah dapat 3 pandangan, so compare lah & buat lah keputusan dengan bijak.............Jika anda berjaya, anda repeat, jika anda belum lagi berjaya, jangan putus asa, sebab anda dah memang study, cuma ada perkara2 yang tak dapat dielakkan yng membuatkan anda belum berjaya (Anda tidak gagal, cuma anda belum berjaya)

Contohnya sekarang...mengapa stock rumah lelong overflow/overheated??? Anda kajilaa..Mungkin orang dah ramai ada kesedaran untuk jadi kaya (tapi dengan cara yg mudah dan cepat-Mana ada kaya dengan mudah, semua perlukan susah payah & usaha yang berterusan). So, ambil keputusan masuk auction tanpa buat kajian/homework, lastly dapatlah rumah tp breakeven (pulang modal sahaja) & xdapat untung.......So anda jgn follow trend ini, biarlah mereka yg semangat ni masuk dulu, lama2 mereka akan kehabisan modal sebab xbuat kajian.......Tunggu masa yang sesuai (jangan risau kawan....hari2 ada rumah lelong, apa yg nak gaduh2, tunggu je masa & peluang yang sesuai). Bila jumpa masa @ timing yg sesuai & anda buat homework yg tepat, maka sudah tentu anda juga akan buat untung.....

MLM contoh lain, kenapa ada org buat berjaya, kenapa ada yg tidak??? Yang berjaya sebab buat homework & buat kerja..Yang xberjaya sebab nak kaya cepat, nak bagi duit/modal & bulan2 nak kutip hasil jek....Dalam dunia yg indah ini, mana ada orang nak bagi anda return @ duit mudah2. Kalau ada mereka terlebih dahulu akan bagi kat keluarga & adik beradik mereka sudah tentunya...Lagi 1 aku xsuka MLM, kenapa nak buat marketing perlu bawa kete Mercz / BMW??? Baru 6 bulan join MLM, dah bawa kete besar sebab nak attract customer.....Kenapa perlu kereta besar utk attract customer/downline??? Kalau anda sendiri xpercaya dengan product anda sehingga anda perlu bawa kereta besar utk attarack org, m/mana anda boleh percaya yg orang akan percaya dengan produck anda......simple je kan......Bawalah kete besar camna pun kalau produck xbagus org still xkan join/beli..................................Kalau betul skim MLM bagus, kenapa orang2 yang baru2 dapat dividen ni xpergi laburkan kat rumah @ emas yang terbukti memberikan pulangan yg baik. Kenapa perlu kejar skim kereta dahulu???? (lainlah kalau rumah anda sudah berpuluh2 biji)........Itu maknanya anda sendiri pun xyakin dengan produk anda. Pada aku lebih baik org tu jual produk dengan naik motor cub, tapi dia dapat prove kan produck itu berkualiti & itu lebih menampakkan yg dia betul2 sincere utk jual barang yg berkualiti.........contohnya sahaja....kalau produck anda betul2 berkualiti so xpayahlah terasa.....

Sama juga emas... Emas bagus & trend nya juga menaik sekarang. Tapi adakah anda yakin bila anda beli & simpan trend harganya akan terus menaik??? Anda kena study kenapa sekarang dia menaik, kenapa sebelum ni ada trend dia menurun? Apa kaitannya dengan market US? mengapa sekarang orang beralih kepada emas????

Semuanya anda kena cari information.....So nak dapatkan info belajarlah.......& rancanglah strategi sesuai dengan kesanggupan, komitment anda sekarang & masa yang anda anda......Dah dapat ilmu, apply & share. Lagi banyak anda apply & share, lagi banyak ilmu2 baru yang anda akan dapat & lagi bertambah baik sumber kewangan anda..........Jika anda xde masa, apply kan setakat mana yang anda tahu dahulu, kerana mencegah duit anda daripada HILANG itu lebih penting daripada membuatkannya bertambah

So, kesimpulannya, melaburlah di tempat yang anda dah tahu akan memberikan pulangan yg paling baik. Carilah ilmu sebanyak2nya sebelum melabur. Katakanlah anda ada RM100k, tadi.....carilah buku2 yang berkaitan dengan pelaburan, spendkan dlm 5% (=Rm5ribu lagi banyak lagi bagus) untuk memperkayakan minda & skill anda dahulu. Pergilaah belajar....insya'Allah return yang anda dapat akan berlipat kali ganda....Jangan percaya dengan skim yang mudah dan senang....Percayalah dalam dunia yang indah ini, tiada perkara yang senang untuk kaya :) (Sebab tu ramai org yg kaya cepat, tapi jatuhpun cepat)

Kalau modal anda kecil, katakanlah anda ada RM10 000 yang anda khaskan untuk pelaburan, spendlah dalam 5% = rm500 ataupun lebih untuk mencari ilmu dahulu. Belilah CF101 untuk master dlm financial planning/cashflow, beli buku2, attend seminar dan sebagainya....berkawanlah dengan mereka yang sekepala dengan anda...itu sudah semestinya, share ilmu dengan mereka...

Bila anda dah master, dah puas hati belajar, baru anda boleh melabur dengan senang hati & pulangan yg anda dapat akan berpadanan dengan usaha anda.......So untuk dapat menggadakan sumbangan anda kepada tabung surau dari RM10 kepada RM20, kepada RM30.........kepada RM1000...........kepada yayasan kebajikan adalah dengan ilmu....Jangan tergopoh gapah, cari ilmu secukupnya, kemudian cepat2lah bertindak dengan terancang & teratur. Mahirkan diri dengan perancangan kewangan dan pelaburan. Insya'Allah anda dan kita semua boleh berjaya.........

11 comments:

asraz said...

Bro ylukeman,

Great article...honest opinion nih...bagus untuk semua, harap xde yg terasa...coz its the truth..hehe..

pokli said...

panjanggggggggggggg nya..lawan tok guru ker....ngeh2...hehehehe..
kalau kawe la...ada 100K...mmg dah ada pun...laburrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr............remmmmmmmmmmmmmpiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttttttt

biar duit tu kerja utk kita
pastu jadi la BIJAKKKKKK

berkawan dgn orang2 yg berjaya baru boleh berjaya


good luck

emas???????

mcm best jer......!!!!! ngeh2....

ingat emas ingat pokli
www.pokli.com

ylukeman said...

hehehe..panjang ko? Tu kawe xdey edit lagi tu, 1st touch :)...

Jadi bijak tu curios skit tu?? Ghana nak jadi bijok tu?? Xkan bangun2 tidur terus bijak :) :) :)

ylukeman said...

asraz tq komen. Moga ramai org lebih terbuka minda...

PokLi, ambo xlawan tok guru...ambo belajar ngan tok guru & ambo sayang ko tok guru :)

carjunk said...

artikel yg menarik dan panjang sedikit. tp kalo artikel tuh bagus, panjang pun carjunk baca.hehe.
harap dpt membuka minda kita semua. dan membuatkan kita berfikir secara matang lg.

Grizzly snowy panda bear said...

very good. belajar dgn yg berjaya dan yg tak berjaya..the u can see 2 sides of coin.

KEOWN said...

best tul baca.. khayal... hehehehe

KEOWN said...

aku simpan diam2 dlm felda asb... tapi abis gak bayar keta.. ... cuma kete free lah..

Admin said...

carjunk, tq...tengah menunggu pelancaran blog curjunk :)

wakata..we must see from all side of view

keown..khayal ke? leh wat novel camni :), novel kewangan :).....Best tol la ada kete org lain tolong bayarkan. Bila mau CF101? mau belajar itu ODASB tru CF101 loo...

ayip said...

isshh..bro kalau saya lar...

tang dimana nak laburkan 100k..lum terpikiaq lagik..

dalam kepala hanya dok pikiaq..mcm mana nak dapatkan 100k itu...hehehehehe

liza said...

marvellous....sajian minda yg bagus..well done ;)
moga memberi manfaat kpd semua.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP